NADI Training E-System @ Puteri Emerald Hotel @ Sungai Petani
7 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 - 8 Februari 2025, Staf NADI telah menghadiri Training E-System yang diadakan di Puteri Emerald Hotel, Sungai Petani Kedah. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih lanjut mengenai sistem (CMS) kepada staf dan memastikan staf memahami sistem yang telah dijalankan oleh pihak pengurusan.
Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Cybersecurity dan bahaya kepada masyarakat jika menyalahgunakan internet yang berlebihan. Sehubungan dengan itu, kursus ini juga membantu untuk memantapkan keyakinan diri setiap staf yang hadir dalam memberi pembentangan mengenai isu semasa dalam internet mengikut tajuk bebas yang diberikan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: